Pages

FAIZ BUKAN BLOG CUN

Photobucket

Tuesday, May 11, 2010

Faiz beli kerisik kat kedai(arahan mama tercinta)

Salam..Hari ni mak aku suruh beli kerisik , aku malas kot nak pergi kedai,org kedai tu tak mesra alam.So aku kata kita buat je lah. Lagi pun pepatah masak memasak Melayu  kan ada menyatakan kerisik yang baik ialah yg baru dibuat dan dan pastinya dari kelapa parut yang segar dari ladang.
Photobucket
                           si kecik yg kuat menyebuk

kerisik tu apa??tau makan je korang kan??? kerisik adalah rencah makanan yang popular di kalangan orang melayu. Banyak masakan orang Melayu menggunakan kerisik sebagai rencahnya. Contohnya masakan serunding ,rendang, kerabu dan pajeri nenas.Bab makanan yg aku mention ni Melayu tak pernah lupa.

Nak buat kerisik agak BOSAN kot,goreng kelapa parut dah memakan masa,boleh habis lari 1000meter. Logikannya sebiji kelapa perlu digoreng selama 20 minit. Bosankan?  ramai yg tak suka buang masa buat kerisik so lebih baik beli.Selalunya pengguna setia boleh beli dikedai runcit atau pasar malam atau pasar raya dengan harga 50SEN sebungkus (2 sudu).Photobucket
1-Goreng kelapa parut (satu biji cukup,ni bukan kes nak jual dlm industry IKS) tanpa minyak sehingga berwarna rambut minah salleh. Kelapa ini hendaklah dipanaskan dalam kuali dengan api yg comel dan sentiasa dikacau agar tidak hangit kebabom.
2-Tumbuk kelapa yg telah garing itu hingga keluar minyak umpama tumbuk org yg korang benci sehingga cedera parah.Tumbuk dgn tekun kelapa goreng hingga keluar minyak.Inilah yg dinamakan kerisik.Jangan biarkan kelapa yg telah digoreng sejuk baru ditumbuk kerana ianya sukar mengeluarkan minyak dan liat(Jangan sesuka hati lenggang-lenggang kangkung)Tumbuk semasa kelapa itu masih demam panas atau suam-suam kuku.

Photobucket
Memandangkan proses buat kerisik ini amatlah BOSAN marilah kita usaha buat, try test uji sekali dua okay.Photobucket

4 comments:

ispiderz said...

ley jadi chef ni,,ko amik slh kos kot,,hahah

kimi said...

bleh jadi cikgu masak2

Hizami Rahim said...

wakaka.
maka.
jadi la chef~

it's me said...

cian ifan jd bhan ujikaji ko...

Post a Comment

Followers

Kimi As Faiz


Faiz Bukan Blog Cun
Photobucket
KIMI AS FAIZ
 
Powered by Blogger.

Music

.

IKLAN-CITY

Chat banyak-banyak bayar FREE je

puasa-raya

Khidmat Masyarakat

Follow on Buzz
Photobucket