Pages

FAIZ BUKAN BLOG CUN

Photobucket

Friday, October 22, 2010

Kisah Malaikat penghantar amalan sembahyang Akhir Waktu.



Rupa-rupanya Ada cerita kalau Kita lewatkan sembahyang Kita yea. Jika
 Berpuasa Amalan Kita direct
 terus padaNya tapi jika bersembahyang Ada
 Posmen pula untuk hantar amalan Kita padaNya

 Kisahnya?..

 Setiap Kita Ada malaikat. Malaikat yang hantar
 amalan sembahyang Kita
 Pada Ilahi. Untuk sampaikan amalan Kita, Ia melalui
 tol-tol di setiap
 Lapisan langit dimana setiap penjaga tol, Kroni
 malaikat juga. Jika
 Sembahyang di awal waktu, Tolnya “free”. Sekatan tol
 tiada Tiada “jem”.
 Malaikat terus sampaikan amalan pada Tuhan. Untuk
 dinilaikan.
 Tapi Jika sembahyang di akhir waktu, Tol free juga,
 Tapi sekatannya,
 MasyaAllah?.

 Di langit pertama, Penjaga tol marahkan posmen Kita,
 Kenapa lewat
 Poskan
 Amalan Kita Merayu-rayu posmen malaikat Kita, Minta
 diberi laluan,
 Tetapi? Penjaga langit pertama Tidak heran
 dicampakkan amalan lewat
 Sembahyang tadi ke bumi. Maka. Jatuh berderai?
 Dikutip semula oleh Malaikat posmen Kita, Satu
 persatu dikutip. Sambil
 Terus merayu untuk ke lapisan langit ke-dua.

 Dilangit kedua, Samalah juga,
 Bebelan malaikat kerana lewat hantar
 Amalan. Merayu lagi kawan Kita. Tak dipedulinya.
 Lalu dilemparkan
 Amalan
 Lewat sembahyang Kita tadi jatuh berderai lagi.
 Dikutip satu persatu
 Amalan Kita. Dirayu lagi untuk diserahkan amalan
 Kita pada Tuhan.

 Dilangit ketiga, Laaaa?. Kena basuh lagi malaikat
 posmen Kita. Kenapa
 Lewat hantar amalan tersebut. Tiada kompromi. Terus
 dibaling amalan
 Kita. Jatuh berderai amalan Kita Tak ade nilai?. Dan
 tiada lagi dikutip
 Dan dirayu lagi. Maka, Tak sampailah amalan Kita
 kepada Allah.
 Seolah-olah Kita tak sembahyang juga. Maka,
 Bersedialah Kita menerima
 Pembalasannya. Tak di dunia di akhirat pula. Hilang
 duit, Hati risau,
 Tender ditolak, Ujian bertimpa-timpa….Ish?.

 Tak berbaloikan Kita buat amal Tapi tak sampai,
 Dahlah TU…Tak de
 Nilai. Kena azab lagi nanti

 Ya Allah !!!Ampunkan kami kerana lalai !
 Sesungguhnya Engkau Maha
 Pengampun Lagi Maha Penyayang Jadikan hati kami,
 suka sembahyang di

 Awal
 Waktu. Risaukan hati kami selagi kami tak segerakan.
 Biarlah kami gusar
 Di dunia. Agar kami tidak gusar lagi Di Hari akhirat
kelak.

 Amin.

Saturday, October 16, 2010

Berapa Lama Kita Dikubur?


Awan sedikit mendung, ketika kaki kaki kecil Yani berlari-lari gembira di atas jalanan.
Baju merahnya yg besar melambai-lambai di tiup angin. Tangan kanannya memegang ais krim sambil sesekali mengangkatnya ke mulutnya, sementara tangan kirinya menggenggam erat tangan ayahnya
Yani dan Ayahnya memasuki kawasan perkuburan Ijok, berjalan seketika sebelum duduk berhampiran dengan batu nisan yang tertulis “Hjh Rokiah binti Muhammad 19-10-1915 : 20-01-1965 “
“Nak, ini kubur nenek kamu. Mari kita berdoa untuk nenekmu” Yani melihat wajah ayahnya, lalu meniru ayahnya yang mengangkat tangan ke atas dan ikut memejamkan mata seperti ayahnya. Dia turut mengaminkan doa ayahnya.
“Ayah, nenek waktu meninggal umur 50 tahun ye Yah.” Ayahnya mengangguk sambil tersenyum lalu memandang pusara ibunya.
“Hmm, bererti nenek dah meninggal 42 tahunlah ye Yah.” Kata Yani berlagak sambil matanya menerawang dan jarinya mengira. “Ya, nenekmu sudah di dalam kubur 42 tahun … “
Yani terdiam sebentar sambil memandang sekeliling. Di samping kubur neneknya ada kubur yang sudah tua dan berlumut tertulis “Muhammad Zaini: 19-02-1882 : 30-01-1910″
“Hmm.. Kalau yang itu dah meninggal 106 tahunlah kan Yah”, jarinya menunjuk nisan disamping kubur neneknya.. Sekali lagi ayahnya mengangguk. Tangannya terangkat mengelus kepala anaknya.
“Ha’a. kenapa nak ?” kata sang ayah menatap teduh mata anaknya.
“Hmmm, ayah kan semalam cakap, kalau kita mati, lalu di kubur dan kita banyak dosanya, kita akan disiksa di dalam kubur” kata Yani sambil meminta persetujuan ayahnya. “Iya kan yah?”
Ayahnya tersenyum, ” Betul..”
“Maknanya kalau nenek banyak dosa, nenek dah kene seksa 42 tahun la kan yah dalam kubur? Kalau nenek banyak pahalanya, maknanya dah 42 tahunlah nenek senang dikubur …. Betul tak yah?” mata Yani berbinar kerana dapat menjelaskan kepada Ayahnya pendapatnya.
Ayahnya tersenyum, namun sekilas tampak keningnya berkerut, tampaknya cemas .. “Iya nak, kamu pintar,” kata ayahnya pendek. Yani pun tersenyum gembira kerana buah fikirannya diterima ayahnya.
Pulang dari tanah perkuburan, ayah Yani tampak gelisah di atas sejadahnya, memikirkan apa yang dikatakan anaknya… 42 tahun hingga sekarang… kalau kiamat datang 100 tahun lagi…142 tahun disiksa .. atau bahagia dikubur …. Lalu dia tunduk memikirkan nasib ibunya … menitis air matanya…
Kalau dia meninggal sekarang dan terlalu banyak dosanya, dan kiamat masih 1000 tahun lagi berarti da akan disiksa 1000 tahun? Innalillaahi WA inna ilaihi rooji’un …. Air matanya semakin banyak menitis lebih laju, sanggupkah dia diseksa selama itu? Itu kalau kiamat 1000 tahun lagi, kalau 2000 tahun lagi? Kalau 3000 tahun lagi? Selama itulah dia akan disiksa di kubur. Lalu setelah di kubur? Bukankah akan lebih parah lagi? Tahankah? Sedangkan hanya melihat org dipukul di televisyen sudah cukup menakutkan!!
Ya Allah… Dia semakin menunduk, tangannya terangkat, keatas bahunya naik turun tak teratur…. air matanya semakin membanjiri janggutnya
Allahumma as aluka khusnul khootimah.. berulang Kali di bacanya DOA itu hingga suaranya serak … Dan ia berhenti sejenak ketika terdengar batuk Yani.
Dihampirinya Yani yang tertidur tenang di atas katil.. Di betulkannya selimutnya. Yani terus tertidur…. tanpa tahu, betapa sang bapa sangat berterima kasih padanya kerana telah menyedarkannya erti sebuah kehidupan dan apa yang akan menunggu selepas itu..
“Ya Allah, letakkanlah dunia ditanganku, jangan Kau letakkan dihatiku…”
Wallahua’lam..

Monday, October 11, 2010

Bukan mendoakan keburukan...

PERLUKAH INSURANCE?

Berdasarkan kepada kajian yg dibuat oleh Life Insurance Malaysia Research Association (LIMRA), sepanjang hayat manusia, seseorang itu memerlukan sebanyak 7 polisi sepanjang hayatnya. Ia meliputi aspek untuk perlindungan, kesihatan, pelaburan, pendidikan dan juga simpanan.Populasi yang mempunyai perlindungan insurans di Malaysia hanya 25% daripada 26 juta rakyatnya (yang kebanyakan dari kaum bukan-bumiputra). Berdasarkan jumlah ini, boleh dikatakan kesedaran terhadap keperluan serta kepentingan insurans/takaful di Malaysia masih rendah. Di Singapura sebanyak 100% yang memiliki polisi, secara purata 1 orang 1 polisi dan Jepun sebanyak 150%, iaitu 1 orang memiliki lebih daripada satu polisi.

Bagi muslim, ulama telah menghasilkan takaful sebagai alternatif untuk insurans konvensional. Ini bagi mengelakkan 
unsur-unsur yang tidak halal dalam insurans. Al-Takaful adalah dari perkataan Arab ???Kafala??� yg bermaksud UNTUK MEMBANTU atau MENJAMIN.

???Gunakan 5 sebelum 5 perkara ?� ???
Muda sebelum Tua, 
Sihat sebelum Sakit, 
Kaya sebelum Miskin, 
Lapang sebelum Sempit, 
Hidup sebelum Mati?



Sama-samalah kita mendoakan yg terbaik untuk semua agar dijauhi dari segala musibah. Sediakan Payung Sebelum Hujan! 




Saturday, October 9, 2010

Kata Mengata Terhebat Dunia



Ni kata-kata org nak mati;

NothingInThisWorld

::Kata-KataParisHilton::



1. Orang yang gagal dalam usahanya lebih daripada
orang yang tak berusaha sama sekali. – J. Douglas -
2. Berani menyatakan pendirian adalah sifat satria,
tetapi berani surut dari yang salah dan berani mengaku
adalah lebih satria. – Hamka -
3. Kalangan kamu yang paling baik, ialah mereka yang
paling baik akhlaknya. – Bukhari dan Muslim –
4. Disiplin merupakan asas keimanan dan kemakmuran
hidup manusia. – Tan Sri Hanif Omar –
5. Tidak ada satu yang lebih mahal daripada kemerdekaan
dan tidak ada kebahagiaan yang lebih besar daripada
menunaikan kewajipan. – Umar Al Khattab -
6. You will be judged on the basis of what you are,
not what you say you are. – Mohd. Salleh Ismail –
7. Ada dua orang yang paling gagal dalam hidup,
orang yang tidak cekap membuat apa yang disuruh,
dan orang yang membuat hanya apabila disuruh. – Lukman Hakim –
8. Kebebasan bererti tanggungjawab,
tanggungjawab bererti berusaha, bertindak serta
berdikari dan kejayaan yang dicapai daripada usaha
seseorang itu adalah tidak ternilai harganya.
– Tun Abdul Razak Hussin –
9. Tidak dihitung kaya yang banyak harta,
tetapi kaya sebenarnya adalah kaya jiwa.
– Bukhari dan Muslim –
10. Force works on servile nature, not the free.
– Ben Johnson –
11. Kita tidak harus bersifat negatif kepada
kegagalan dan kekalahan. Di dalam kegagalan itu ada kebaikannya.
– Prof. Datuk Hj. Shahron Ahmad –
12. Disiplin yang baik terbentuk dari sikap
yang baik dan sikap yang baik adalah hasil daripada
pemimpin dan teladan yang baik.
–Tun Abdul Razak Hussin –
13. One can pass on the responsibility but
not the discretion that goes with it.
– B. Cellin –
14. Berpadu ialah satu permulaan, terus
berpadu ialah kemajuan dan bekerja secara berpadu
ialah kejayaan. – Henry Ford –
15. Bukankah tidak ada balasan yang baik,
melainkan balasan yang baik juga.
16. Carilah seribu sahabat dalam pergaulan,
kerana seribu sahabat belumlah banyak.
Jauhilah seorang musuh, kerana musuh yang
seorang itu sudah lebih daripada banyak.
– Lukman Hakim –
17. Orang yang membuat kesalahan dan berdusta untuk
menutupnya, bererti membuat dua kesalahan.
– Issac Watts –
18. Ada empat jenis manusia, iaitu :-
a. Manusia yang tahu, tetapi tidak tahu
bahawa dia tahu. Itulah orang yang lalai.
Oleh itu berilah mereka peringatan.
b. Manusia yang tidak tahu, dan tidak tahu bahawa
dia tidak tahu. Itulah orang yang bodoh dan degil.
Oleh itu, tinggalkanlah mereka.
c. Manusia yang tidak tahu dan tahu bahawa dia tidak tahu.
Itulah orang yang jahil. Oleh itu, ajarlah mereka.
d. Manusia yang tahu dan dia tahu bahawa dia tahu.
Itulah orang yang berilmu. Oleh itu, ikutilah mereka.
- Al Khalil ibn Ahmadal Farahidi -
19. Siapa melawan kita, ia membaja menajamkan otak kita.
Lawan itulah penolong kita.
– Edmund Burke -
20. Yang sangat berguna adalah seorang lelaki
yang mengetahui darjat dirinya sendiri, tahu batas akalnya,
kemudian dia bekerja menurut darjat dan batasnya.
– Imam As Syafie –
21. If you can’t make a mistake, you can’t make anything.
– Morva N. Collins –
22. Jangan mudah membuka rahsia kepada seorang sahabat
agar anda tidak takut kepadanya, apabila dia berubah menjadi musuh.
– Menander –

Friday, October 8, 2010

Ada umur panjang jumpa lagi tahun hadapan..



Thursday, October 7, 2010

Aktif kan dirimu!





 

Followers

Kimi As Faiz


Faiz Bukan Blog Cun
Photobucket
KIMI AS FAIZ
 
Powered by Blogger.

Music

.

IKLAN-CITY

Chat banyak-banyak bayar FREE je

puasa-raya

About Me

My Photo
kimi
LUMUT, PERAK, Malaysia
مرحبا..SAYA BUDAK BARU.PANGGIL JE KIMIكيمي. SAYA NI BIASA JE.. شكرا لك
View my complete profile

1,2,3

phonepower
kimi-arrisa-balqis.blogspot.com

Khidmat Masyarakat

Follow on Buzz
Photobucket