Pages

FAIZ BUKAN BLOG CUN

Photobucket

Sunday, May 16, 2010

Lagu Untuk Cikgu

Photobucket
Miss Wong Siew Chan(My English Teacher)
Photobucket
Guru ku cantik(dan kacak)
Tambahan pula baik
Setiap detik
Mengajar dan mendidik
Dialah guruku
Antara satu,
Aku sayang padamu
Guruku…

Photobucket
THANK YOU TEACHER TERIMA KASIH CIKGU 谢谢老师 शुिईद्भया टीचर
Photobucket

Saturday, May 15, 2010

AKU BUAT KEK BIRTHDAY SENDIRI?

Photobucket
Photobucket

Wah sweet nyer birthday present aku..terharunya!!!!!

Photobucket

Duri landak yg akan ku kenang hingga ke akhir hayat.
Dah-dah cukup tgk gmbr atas..mai sini tgk aku buat kek birthday aku sendiri ala-ala Mr Independent. 


Photobucket

Panduan main masak-masak eh buat kek oren
1. Twist margarine dengan gula. Sukatan? Campak jew sesedap rasa
2. Secondly, korang tarok la 3 biji telur ayam, Suka hati telur ayam kg,Bandar,hutan,gred A,B,C,D..aku tak kisah..Then twist sampi adunan kembang semangkuk.
3. Thirdly,masukkan tepung gandum..Jangan gatal pulak nk berexperimentasi dgn tepung jagung,tepung pulut,tepung Pelita..tepung beras.eh eh.. melalut biar berpada
4. Malas aku nk parut kulit oren Sunkist..so aku ambil jalan short cut tarok je pati oren..Eh ada aku kisah..
5. Dah tu nk bagi kek aku ni ada crunchy2 sikit time makan,maka dgn suka relanya aku tarok buah kering cam kiss me eh kismis,asalkan korang tak letak buah hati pengarang jantung korang sudah la..Aku xde GF okay.aku x tau.
6. So lastly,twist la lagi sampai adunan kembang semahunya..Dah siap dah ler tu..Masukkan dlm Loyang kek,then bakar dengan suhu 130 darjah Celsius(aku sekolah darjah sampi 6 jew kot)api atas bawak okay, selama 45 minit.siap!


Photobucket
Kek aku yang dah siap hanya Irfan yg sanggup makan,TQ Irfan.Muahhhh...Mama ku kat manis sikit then kurang margarine..Oh ye kew?Saya bkn chef dan pakar kek & pastry okay.. :)

Photobucket

Akhirya kek ini di beli untuk aku menghiburkan hati yang duka.eh eh eh...then letak nama SALMA jugak.Eh eh siapa SALMA? adik aku la..Sambut together2 then happy ever after..hehe..Ok la Chow chin chow

Thursday, May 13, 2010

Hadiah dari MJ

Malam ni aku pergi mussolla di Masjid kampung ku kerana Malam Jumaat dan bapak ku suruhlah.hehe..Aku nak share sikit pasal kebajikan Malam Jumaat ni,aku dapat dari kisah-kisah lepas.Renung-renungkan,fikir-fikirkan,selamat beramal...
PhotobucketPerkara : Hadiah Malam Jumaat (Pengalaman Salih Al Mazi)

Pada suatu malam bertepatan malam Jumaat Salih Al Mazi pergi ke Masjid Jamik
untuk mengerjakan solat subuh.

Kebiasaannya ia berangkat awal sebelum masuk waktu subuh dan melalui sebuah
pekuburan.
Di situ Salih duduk sekejap sambil membaca apa-apa yang boleh mendatangkan pahala bagi ahli kubur
memandangkan waktu subuh masih lama lagi.
Tiba-tiba dia tertidur dan bermimpi melihat ahli-ahli kubur keluar beramai-ramai dari kubur masing-masing.


PhotobucketMereka duduk dalam kumpulan-kumpulan sambil berbual-bual sesama mereka.

Al Mazy ternampak seorang pemuda ahli kubur memakai baju kotor serta tidak
berkumpul dengan ahli-ahli kubur yang lain. 

Dia duduk seorang diri di tepi kuburnya dengan wajah murung, gelisah
kerana sedih..

Tidak berapa lama kemudian datang malaikat membawa beberapa talam yang ditutup
dengan sapu tangan.

Seolah-olah seperti cahaya yang gemerlapan, Malaikat mendatangi para ahli
kubur dengan membawa talam-talam itu, tiap seorang mengambil satu talam dan dibawanya masuk ke dalam kuburnya.

Semua ahli kubur mendapat satu talam seorang sehingga tinggallah si pemuda yang kelihatan sedih itu
seorang diri tidak mendapat apa-apa.

Dengan perasaan yang sedih dan duka dia bangun dan masuk semula ke dalam kuburnya.

Tapi sebelum dia masuk, Al Mazy yang bermimpi segera menahannya untuk
bertanyakan keadaannya.

Photobucket'Wahai hamba Allah ! Aku lihat engkau terlalu sedih mengapa ?' tanya Salih Al
Mazy. 'Wahai Salih, adakah engkau lihat talam-talam yang dibawa masuk oleh malaikat sebentar tadi?'
tanya pemuda itu.

'Ya aku melihatnya. Tapi apa benda di dalam talam-talam itu?' tanya Al Mazy lagi.

Si pemuda menerangkan bahwa talam-talam itu berisi hadiah orang-orang yang
masih hidup untuk orang-orang yang sudah mati yang terdiri dari pahala sedekah, bacaan ayat-ayat suci 
Al
Quran
 dan doa.

Hadiah-hadiah itu selalunya datang setiap malam Jumaat atau pada hari Jumaat.

Si pemuda kemudian menerangkan tentang dirinya dengan panjang lebar. Katanya
dia ada seorang ibu yang masih hidup di alam dunia bahkan telah berkahwin dengan suami
baru.Akibatnya dia lupa untuk bersedekah untuk anaknya yang sudah meninggal dunia sehingga tidak ada lagi orang yang
mengingati si pemuda.

Maka sedihlah si pemuda setiap malam dan hari jumaat apabila melihat orang-
orang lain menerima hadiah sedangkan dia seorang tidak menerimanya.
Al-Mazy sangat kasihan mendengarkan cerita si pemuda lalu ia bertanya nama dan alamat ibunya ia dapat menyampaikan keadaan anaknya.

Si pemuda menerangkan sifat2 ibunya. Kemudian Al Maizy terjaga. Pada sebelah
paginya Al Maizy terus pergi mencari alamat ibu pemuda tersebut.
Setelah mencari kesana kemari beliau pun berjumpa ibu si pemuda tersebut lantas menceritakan perihal mimpinya.
Ibunya menangis mendengar keterangan Al Maizy mengenai nasib anaknya yang merana di alam barzah.
Kemudian ia berkata :'Wahai Salih ! 
Memang betul dia adalah anakku.

Dialah belahan hatiku, dia keluar dari dalam perutku. Dia membesar dengan
minum susu dari dadaku dan ribaanku inilah tempat dia berbaring dan tidur ketika kecilnya.'

Al Maizy turut sedih melihat keadaan ibu yang meratap dan menangis penuh
penyesalan kerana tidak ingat untuk mendoakan anaknya selama ini.

'Kalau begitu saya mohon minta diri dahulu.' kata Al maizy lalu bangun
meninggalkan wanita tersebut.

Tatkala dia 
cuba untuk melangkah si ibu menahannya agar jangan pulang
dahulu. 

Dia masuk kedalam biliknya lalu keluar dengan membawa wang sebanyak seribu dirham. 'Wahai Salih, ambil
wang ini dan sedekahkanlah untuk anakku, cahaya mataku.
Insya Allah aku tidak akan melupakannya untuk
berdoa dan bersedekah untuknya selama aku masih hidup.'
Salih Al Maizy mengambil wang itu disedekahkannya kepada fakir miskin sehingga tidak sesenpun
dari seribu dirham itu yang tinggal.

Dilakukannya semua itu sebagai memenuhi amanah yang diberi kepadanya oleh ibu pemuda tersebut.

PhotobucketPada suatu malam Jumaat di selepas itu, Al Maizy berangkat ke masjid jamik untuk solat jamaah.

Dalam perjalanan sebagaimana biasa ia singgah di perkuburan. Di situlah ia
terlena sekejap dan bermimpi melihat ahli-ahli kubur keluar dari kubur masing2. Si pemuda yang dulunya
kelihatan sedih seorang diri kini keluar bersama-sama dengan memakai pakaian putih yang cantik serta mukanya
kelihatan sangat gumbira.

Pemuda tersebut mendekati Salih Al Maizy seraya berkata : 'Wahai tuan Salih,
aku ucapkan 
terima kasih kepadamu. Semoga Allah membalas kebaikanmu itu. '

'Hadiah dari ibuku telah ku terima pada hari jumaat.' katanya lagi.

'Eh, Engkau boleh mengetahui hari Jumaat ?' tanya Al Maizy.

'Ya, Tahu.' 'Apa tandanya?'

'Jika burung-burung di udara berkicau dan berkata 'Selamat selamat pada hari
yang baik ini, yakni hari Jumaat.'
Salih Al Maizy terjaga dari tidurnya. Ia 
cubamengingati mimpinya dan merasa gumbira kerana
sipemuda telah mendapat rahmat dari Allah disebabkan sedekah dan doa dari ibunya.

(Petikan kisah Wali-Wali Allah (2) terbitan syarikat Nurulhas).

'Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun' (Sabda Rasulullah SAW)

Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-
dosamu.

Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah
mendapat kemenangan yang besar.

' (Surah Al-Ahzab:71) '

Wednesday, May 12, 2010

13 Mei 1969 (41 Tahun Berlalu)

Wangi sungguh kemboja pagi,
Taman cempaka lama berbunga,
Negara teguh suasana harmoni,
Aman bahagia tiada sengketa.

Photobucket















           
                                            
(Hari itu cukup kelam dan suram ,moga menjadi iktibar buat kita semua)



"... Inilah sumpah perjuangan untuk watan dan bangsa merdeka dan perjuangan untuk watan adalah perjuangan suci. Perjuangan ini adalah perjuangan sepanjang hayat"
Photobucket

JURURAWAT BERHATI COMEL

Photobucket



OLEH:AHMAD FAIZ HASHIM


Sempena Sambutan Hari




Jururawat Sedunia-12 


Mei
Photobucket

























‘Kepercayaan antara kunci utama kerana kesakitan dialami pesakit perlukan perhatian, rawatan setiap masa’
Photobucket
Aku pernah masuk ni,jururawat nya semua bagus-bagus,tapi jururawat yg terbaik,mulia dan comel adalah yang ambil berat tentang aku selama seminggu di hospital,bulan puasa pulak tu,dari mula waktu melawat hingga habis.
TQ 







cik Wange

Photobucket

Tuesday, May 11, 2010

Faiz beli kerisik kat kedai(arahan mama tercinta)

Salam..Hari ni mak aku suruh beli kerisik , aku malas kot nak pergi kedai,org kedai tu tak mesra alam.So aku kata kita buat je lah. Lagi pun pepatah masak memasak Melayu  kan ada menyatakan kerisik yang baik ialah yg baru dibuat dan dan pastinya dari kelapa parut yang segar dari ladang.
Photobucket
                           si kecik yg kuat menyebuk

kerisik tu apa??tau makan je korang kan??? kerisik adalah rencah makanan yang popular di kalangan orang melayu. Banyak masakan orang Melayu menggunakan kerisik sebagai rencahnya. Contohnya masakan serunding ,rendang, kerabu dan pajeri nenas.Bab makanan yg aku mention ni Melayu tak pernah lupa.

Nak buat kerisik agak BOSAN kot,goreng kelapa parut dah memakan masa,boleh habis lari 1000meter. Logikannya sebiji kelapa perlu digoreng selama 20 minit. Bosankan?  ramai yg tak suka buang masa buat kerisik so lebih baik beli.Selalunya pengguna setia boleh beli dikedai runcit atau pasar malam atau pasar raya dengan harga 50SEN sebungkus (2 sudu).Photobucket
1-Goreng kelapa parut (satu biji cukup,ni bukan kes nak jual dlm industry IKS) tanpa minyak sehingga berwarna rambut minah salleh. Kelapa ini hendaklah dipanaskan dalam kuali dengan api yg comel dan sentiasa dikacau agar tidak hangit kebabom.
2-Tumbuk kelapa yg telah garing itu hingga keluar minyak umpama tumbuk org yg korang benci sehingga cedera parah.Tumbuk dgn tekun kelapa goreng hingga keluar minyak.Inilah yg dinamakan kerisik.Jangan biarkan kelapa yg telah digoreng sejuk baru ditumbuk kerana ianya sukar mengeluarkan minyak dan liat(Jangan sesuka hati lenggang-lenggang kangkung)Tumbuk semasa kelapa itu masih demam panas atau suam-suam kuku.

Photobucket
Memandangkan proses buat kerisik ini amatlah BOSAN marilah kita usaha buat, try test uji sekali dua okay.Photobucket

Monday, May 10, 2010

TANGAN SEJUK??? meh kongsi cerita tentang hobi tanam pokok .

SALAM

Photobucket
Ni pokok Johannesteijsmannia altifrons nama cute dia palma. 

Pagi tadi tanam Pokok cactus.Pokok cactus aku ni dah wujud semenjak zaman sek rendah lagi.Actually, hobi aku yang comel adalah menanam pokok….tak specific la, pokok bunga,sayur-sayuran,buah-buahan ke..janji pokok bukan janji rock.
PhotobucketAku buat sendiri landscape ni tau
Aku memang suka dengan pokok…Mak aku kata tangan aku sejuk,so tanam pokok semuanya comel2.hehe.Aku tanam pokok bukan untuk jual…tak mau lah…mungkin satu hari nanti aku nak buka nursery (makcik aku selalu mengumpat)angan-angan betol dia,padahal dia yg teringin nk bukak nursery tapi tangan panas,pokok pun mati…aku boleh lagi bezakan hobi dengan impian kot.
Photobucket
Photobucket


Photobucket
Aku baru je kat dunia blog ni tapi bukan amateur dalam dunia pokok-pokok ni.  In reality, mak aku selalu paksa aku tolong tanam pokok dia, so dari tak suka terus jadi minat..

Haa...ingat plak kat pokok Bunga Ros yang aku tanam awal tahun 2010.
Ni ha...ros ni memang mabuk berbunga...tak padan dgn kecik....tapi cerewet la tanam Bunga Ros,waktu bunga dah kering kena potong,kalau tak pucuk baru tak keluar dengan cantik,
 gedik kan pokok Bunga Ros ni..lagipun serangga gatai mulut usik Bunga Ros aku ni.Hish, nak kena ketuk sekor2 ni!

Photobucket
Photobucket

Followers

Kimi As Faiz


Faiz Bukan Blog Cun
Photobucket
KIMI AS FAIZ
 
Powered by Blogger.

Music

.

IKLAN-CITY

Chat banyak-banyak bayar FREE je

puasa-raya

About Me

My Photo
kimi
LUMUT, PERAK, Malaysia
مرحبا..SAYA BUDAK BARU.PANGGIL JE KIMIكيمي. SAYA NI BIASA JE.. شكرا لك
View my complete profile

1,2,3

phonepower
kimi-arrisa-balqis.blogspot.com

Khidmat Masyarakat

Follow on Buzz
Photobucket